Friday, September 25, 2009
Ceritera Hari Raya
Hari raya yang disambutku pada tahun ini menjadi suram sedikit kerana kedua-dua adik lelakiku tidak dapat bersama pada hari raya pertama kerana mereka berdua ada komitmen pada kerja. Namun, kehadiran tetamu yang ramai menceriakan keadaan. Ku lihat ibuku bertungkus-lumus tanpa henti. Aku membantu setakat mana yang ku mampu lakukan. Saudara yang begitu ramai tiba dari siang hingga ke tengah malam menggamit sauasana, menceriakan keadaan di rumahku menjelang hari raya. Sememangnya, begitulah setiap tahun. Apa yang menjadi rebutan hidangan hari raya dsi rumahku sudah pastilah redang kerang ibuku yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata kelazatannya. Apa pun suka-duka hari raya telah menjadi kenangan. Kini hari raya ketujuh ku pulang ke UPM untuk membuat catatan ini, untuk meneruskan komitmen bekerja dan menyiapkan kertas kerja yang masih perlu dibuat.
Monday, September 14, 2009
Tentang Aku
Aku bahagia menjadi aku kerana diri sentiasa disayangi walaupun tanpa kita sedari ada yang sedang membenci atau iri hati. Namun, ku punya hati, ku tahu gerak hati ini. Apa yang membanggakan diriku buat waktu ini ketika aku cuba berdikari, dalam belajar aku mencari rezeki untuk tanggung diri( Aku rasa tak siapa mampu lakukan apa yang sedang ku buat kini iaitu belajar pagi hingga petang, kerja malam selama 12 jam, 7 malam-7 pagi). Aku mampu teruskan semangat dan kematangan diri dalam meneruskan segala-galanya walaupun kepenatan yang ditanggung hanya diriku yang tahu. Tak siapa juga yang tahu apa yang tersirat di sebalik pengorbananku ini. Dan tak siapa duga, apa yang paling membanggakan dalam hidupku kini, adikku yang telah bekerja, mendapat pendapatan yang cukup sanggup mahu bank in wang dalam akaunku. Aku cukup terharu. Apa yang ku harap esok, apa yang diberi akanku guna untuk memanfaatkan keperluan diri kerana semuanya kita perlu ada sebagai kesenangan diri dan keluarga suatu hari nanti. Sekian, dari aku...
Subscribe to:
Comments (Atom)